APA signifikannya jam tangan bagi seorang lelaki? Jawapan asasnya mudah. Ia merupakan aksesori paling biasa dipakai kaum Adam. Bahkan, ia mungkin satu-satunya aksesori asas yang pernah dipakai kebanyakan lelaki.
Lelaki bukan seperti wanita yang mempunyai pelbagai aksesori seperti rantai, gelang atau subang, maka jam tangan lazimnya sudah memadai.
Justeru, jam tangan sewajarnya menjadi elemen penting bagi seorang pria. Ia bukan sekadar objek dua jarum yang menjadi penentu masa, bahkan ia sebenarnya merupakan objek paling pantas dan mudah untuk menggambarkan personaliti diri seorang jejaka.
Memahami betapa hebatnya aksesori ini bagi seorang lelaki, anda seharusnya mengambil berat dan memilih yang terbaik untuknya.

Memang siapa sahaja boleh memiliki jam tangan dari yang semurah-murahnya, namun tidak rugi untuk anda melabur lebih sedikit kepada sesuatu yang melambangkan kualiti dan prestij berdasarkan kemampuan anda. Tambahan pula jika ia merupakan satu-satunya aksesori yang sering anda kenakan.
Di sini, Stailo! sediakan beberapa tip untuk anda memiliki jam tangan terbaik dan disukai ramai.
Secara umumnya, wanita lebih sukakan jam tangan yang bermuka dengan tali jam besar melekat pada tangan lelaki kerana nampak lebih gagah dan perkasa. Tetapi, janganlah terlampau besar sehingga kelihatan janggal.
Percaya atau tidak, fizikal jam memang memainkan peranan. Jam tangan yang berfizikal kecil menyerlahkan ciri feminin.
Memang terdapat pelbagai fesyen jam tangan di pasaran. Namun, yang berciri klasik itu biasanya lebih mudah diterima. Jam tangan bermuka bulat nampaknya lebih disukai.

Begitu juga dengan bahagian talinya. Jam tangan kulit dan stainless still lebih sesuai dan praktikal untuk lelaki, berbanding getah kerana lebih lasak. Ia juga bersifat versatil untuk digayakan sama ada dengan pakaian formal mahupun kasual. Tidak salah untuk mengenakan pergelangan berwarna emas jika anda suka tetapi tidak semestinya orang yang melihat menyenanginya.
Mengenai analog atau digital, kedua-duanya boleh dijadikan pilihan tapi perlu dilihat dari dimensi yang berbeza. Jam analog berciri klasik, jadi ia mungkin pilihan yang lebih sesuai. Tetapi, jam digital juga boleh menunjukkan ciri maskulin, tambah pula pada jam sporty yang sememangnya menonjolkan imej lasak. Cuma, berhati-hatilah apabila memilih jam digital, silap pilih, mungkin setengah wanita akan melihat anda seperti murid lelaki sekolah rendah!
Memakai jam dengan butiran berlian juga membuatkan wanita berasa anda memiliki jiwa feminin. Mungkin juga ada wanita yang memadamkan hasrat untuk mendekati anda.
Dari segi warna, seeloknya pilih warna sejati yang sesuai dipadankan dengan situasi bisnes dan formal. Memang banyak pilihan jam berfesyen dengan warna yang mengujakan dan menarik perhatian. Jika anda benar-benar berminat, jadikannya sebagai jam tangan kedua atau ketiga anda.

No comments:
Post a Comment